Wednesday, April 13, 2011

Hospital HRPZ II catat kejayaan

Lelaki berusia 74 tahun, Lau Hock Hing, menjadi pesakit jantung tertua dan berketurunan Cina pertama dari negeri ini menjalani pembedahan jantung di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) setelah perkhidmatan itu dimulakan di hospital ini hampir tiga bulan lalu.
Hock Hing yang menderita sakit jantung sejak 25 tahun lalu berjaya menjalani pembedahan pintasan jantungnya semalam tanpa sebarang komplikasi di bawah kendalian Ketua dan Pakar Perunding Bedah Kanan, Jabatan Bedah Jantung dan Paru-Paru HRPZ II, Dr. Anas S Ressang dan pasukannya.
Dr. Anas adalah pakar pembedahan jantung tunggal dari Kementerian Kesihatan yang berkhidmat di negeri ini dan merupakan antara sembilan pakar yang berada di seluruh negara.
Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Md. Hassan berkata, sejak hospital itu mula menawarkan perkhidmatan pembedahan jantung pada 24 Januari tahun ini, sebanyak 21 pembedahan berjaya dilakukan dengan pesakit termuda berusia sebulan dengan berat tiga kilogram manakala Hok Hing pula menjadi pesakit tertua yang dibedah.
Beliau berkata, perkhidmatan pembedahan yang ditawarkan di hospital itu termasuklah pembedahan pintasan jantung, gantian injap mitral, aneurisme dan jantung berlubang.
Katanya, dengan wujudnya kemudahan dan kepakaran untuk pembedahan jantung di HRPZ II, tempoh menunggu pesakit dapat dipendekkan kepada kurang setahun berbanding antara tiga hingga empat tahun jika hanya bergantung kepada rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
“Sehingga hari ini, seramai 61 pesakit lagi sudah bersetuju untuk dibedah dan pembedahan akan dijalankan terhadap mereka mengikut keperluan dan keutamaan.

“Sebagai hospital kerajaan, kita menawarkan perkhidmatan pembedahan jantung setaraf dengan kualiti hospital swasta tetapi dengan kadar bayaran yang amat rendah atau hampir tiada langsung malah sehingga hari ini caj termahal yang kita kenakan adalah sebanyak RM297 sahaja,” katanya kepada pemberita di sidang akhbar di Bilik On-Call Doktor Siswazah HRPZ II, di sini hari ini.
Dr. Ghazali berkata, perkhidmatan yang disediakan di HRPZ II adalah terbuka untuk semua peringkat masyarakat tanpa mengira bangsa tetapi keutamaan akan diberi kepada rakyat yang berasal dari negeri ini.
Sementara itu, Dr. Ghazali berkata, Bilik On-Call yang baru dibuka pada 7 April lalu itu adalah kemudahan lengkap pertama yang disediakan untuk lebih 190 doktor siswazah di hospital berkenaan berehat sementara mereka berada dalam tempoh tugasan.
Bilik yang boleh menempatkan 20 doktor dalam on-call itu terletak berhadapan Unit Rawatan Rapi dan kos pembinaannya menelan belanja hampir RM180,000.
12 april 2011..utusan malaysia

Reactions:

0 comments:

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

Awan Putih - Punk Rock Jalanan .mp3
Found at bee mp3 search engine

footerwidget3

Kit Mudah Menjana Pendapatan Pantas!
?max-results=10">Content right'); document.write("?max-results="+numposts+"&orderby=published&alt=json-in-script&callback=showrecentposts\"><\/script>");
Powered by Blogger.