Saturday, April 9, 2011

Alonso akui kelemahan Ferrari

PEMANDU Ferrari, Fernando Alonso menga- kui, prestasi pasukannya pada dua sesi latihan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang semalam masih jauh ketinggalan daripada pasukan pencabar mereka, Red Bull dan McLaren.
Alonso dilihat bergelut dengan jenteranya F150 untuk mencatat masa kesembilan terpantas dengan masa 1 minit 38.583 saat yang direkodkannya pada sesi latihan pertama.
Catatan tersebut juga menyaksikan juara dunia dua kali itu ketinggalan 1.707s di bela- kang pemandu Red Bull, Mark Webber yang muncul pemandu terpantas di dua sesi lati- han petang semalam.
Situasi ini membuatkan pemandu dari Se- panyol itu mengakui Ferrari tidak mengharapkan keajaiban berlaku pada sesi kela- yakan petang ini.

"Kami tidak mengharapkan keajaiban esok (hari ini) kerana kami sedar kami tidak begitu pantas hari ini berbanding pasukan Red Bull dan McLaren," kata Alonso semalam.
"Saya tahu sesi kelayakan esok akan menjadi satu misi yang sukar tetapi kami akan cuba melakukan yang terbaik.
"Faktor cuaca juga akan memainkan pera- nan, jadi kita tengok bagaimana keadaan litar esok dan cuba mengambil peluang se- baik mungkin," jelasnya lagi.
Alonso menduduki tempat kesembilan dalam dua sesi latihan semalam, manakala rakan sepasukannya, Felipe Massa lebih cemerlang dengan menduduki tempat keenam dengan catatan 1:38.089s pada sesi kedua.
Begitupun, Alonso yakin Ferrari masih ada peluang untuk bangkit mencatat keju- tan pada perlumbaan sebenar GP Malaysia petang esok.
"Ferrari masih ada peluang untuk menang walaupun saya rasa kami mungkin tiada pe- luang pada kelayakan masa.
"Strategi lebih penting dalam perlumbaan dan juga dibantu faktor cuaca, malah saya rasa saingan sebenar Ahad ini lebih penting daripada kelayakan masa. Ini kerana kami boleh menukar tayar dan banyak memasuki pit.

Reactions:

0 comments:

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

Awan Putih - Punk Rock Jalanan .mp3
Found at bee mp3 search engine

footerwidget3

Kit Mudah Menjana Pendapatan Pantas!
?max-results=10">Content right'); document.write("?max-results="+numposts+"&orderby=published&alt=json-in-script&callback=showrecentposts\"><\/script>");
Powered by Blogger.